JAPAN

 




PENGENALAN

Pemerhatian saya pada ketika itu membuatkan saya fikir makanan Jepun boleh diterima oleh tekak orang Malaysia terutama jika diubahsuai ikut selera rasa tempatan.

Jadi, setelah itu saya cuba senaraikan makanan (dan bahan makanan) Jepun yang popular (dan dikenali) di kalangan orang Malaysia. 


 Sashimi

Sashimi

Merupakan daging mentah, lazimnya ikan salmon atau tuna segar, yang dihiris nipis dan dihidang tanpa nasi. Sashimi antara hidangan Jepun yang terkenal. Kebanyakannya dimakan dengan penambahan rasa iaitu kicap dengan mencelupkannya ke dalam kicap sebelum dimakan. Ada sashimi yang dihidangkan bersama wasabi atau halia. Namun ada juga yang suka memakannya dengan daikon (lobak putih Jepun).

Cara Membuat 





   Bahan-bahan :

  • 110 gram salmon segar
  • 110 gram tuna segar
  • 110 gram ikan ekor kuning segar
  • 1 ikat daun ketumbar, dicuci dan dicincang
  • 1 sdm. (15 ml) minyak bijan
  • 1 lobak putih
  • 1 timun 
  • 1 lobak merah
  • 250 gram nasi sushi (opsional)
  • 1/4 buah avokado
  • Separuh buah lemon segar
  • 4 lembar daun shiso
  • 1,5 cm wasabi
  • 60 ml kicap

  •  Pilihan Bahan untuk Sashimi
  • Makarel
  • Ikan ekor kuning
  • Gurita yang direbus
  • Kerang
  • Telur salmon
  • Ikan kakatua
  • Udang
  • Sotong

   Langkah-langkah
  • Potong ikan salmon atau tuna mentah 
  • lalu siapkan piring, susun ikan yang sudah dipotong beserta hirisan lobak dan daun okba.
  • Beri wasabi di sampingnya dan dicampur dengan air jeruk lemon, aduk hingga rata
  • Sajikan dengan saus sashimi atau kecap asin
  • Dan....Sashimi siap dihidangkan.

Sukiyaki

sukiyaki
Sejenis makanan yang berasaskan daging dan sayur. Bahan utama dalam hidangan ini adalah mi yang nipis, lut sinar dan bersifat jeli. Turut dikenali sebagai mi shirataki. Dihasilkan daripada akar pokok yang berkanji yang dikenali di Jepun sebagai pokok ‘devil’s tongue’.

Cara Membuat 



   Bahan-bahan :

  • 500 gram daging lembu sukiyaki
  • 150 gram bayam, rendam dalam air panas
  • 100 gram brokoli
  • 40 gram suhun, rendam dalam air panas
  • 7 lembar sawi putih
  • 5 batang daun bawang, potong-potong
  • 5 buah jamur hioko, potong-potong
  • 4 buah tahu putih, potong-potong
  • 3 biji telur, kocok
  • 1,5 liter air kaldu
  • 1,5 sudu margirin
  • 1 buah lobak merah, dihiris kecil


Bahan-bahan kicap:

  • Bawang putih. 
  • Daun ketumbar. 
  • Daun bawang. 
  • Cili padi. 
  • Roasted sesame sauce. 
  • Miso paste Chilli oil.

Cara menghidangkan

 
Kicap

1. Cincang bawang putih, daun ketumbar, daun bawang, cili padi dan roasted sesame sauce.

 2.Masukkan miso paste ke dalam adunan tadi. Miso paste yang halal ini anda boleh dapatkan di kedai menjual barangan jepun.

Sukiyaki

Masukkan sebagian saus, didihkan, lalu masukkan daun bawang, cendawan hioko, brokoli, lobak merah , bayam, suhun, tahu, sawi putih, dan sisa saus, masak hingga matang dengan api sedang tanpa mengaduknya sekalipun, angkat.

Ambil dengan sumpit salah satu bahan yang telah matang, lalu celupkan ke dalam kocokan telur sebelum dimakan.


Donburi Ayam Rangup


Sejenis sajian tradisional yang dihidangkan dalam mangkuk besar yang terdiri daripada nasi kukus yang dikacau goreng bersama ayam, daging atau udang serta sayur-sayuran campur. Rasanya yang sesuai lidah orang Malaysia, menu ini mudah ditemui di berbagai restoran dan kedai makanan Jepang di Tanah Air.

Cara Membuat 





   Bahan-bahan :

  • 500 g daging paha ayam
  • 2 ulas bawang putih, parut
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 putih telur, kocok
  • Lapisan:
  • 80 g tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar  serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • Saus:
  • 100 ml shoyu
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu kecil air jeruk lemon/nipis
  • 1 sudu besar bawang merah, dicincang halus
  • Pelengkap:
  • Nasi putih
  • Daun bawang, hiris halus
  • bijan
Cara menghidangkan

1. Potong-potong daging paha ayam ukuran dadu sedang.

2. Lumuri dengan bawang putih, garam dan merica, aduk rata. Sisihkan 15 menit.

3. Pelapis: Aduk semua bahan pelapis hingga rata.

4. Celupkan potongan ayam ke dalam putih telur lalu balur dengan bahan pelapis hingga rata.

5. Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kering kecokelatan dan matang. Angkat dan tiriskan.

6. Penyajian : Taruh nasi secukupnya dalam mangkuk.

7. Beri beberapa potong ayam goreng. Kucuri Sausnya dan taburi biji wijen dan daun bawang.



Okonomiyaki 

Okonomiyaki

Merupakan makanan tradisional Jepun. Bentuknya hampir sama seperti omelet atau frittata. Bezanya, okonomiyaki dibuat daripada tepung okonomiyaki sendiri, telur, kubis, dendeng, udang atau makanan laut lain lalu diletakkan sos manis, mayonis, kepingan ikan (dried fish flakes) di atasnya.

Cara Membuat 



    Bahan-bahan :

    • 100 gram tepung gandum
    • 1/2 sudu kecil baking powder 
    • 1 butir telur, kocok 
    •  100 ml kaldu ikan, sayuran, ayam, atau  kaldu dashi yang didinginkan 
    • 1 buah kentang kecil, kupas dan parut
    •  1/4 buah kubis putih, parut 
    • 1 batang daun bawang, hiris halus 
    • Jahe seukuran ibu jari, parut 
    • 1 sudu kecil kicap masin 
    • 1 sudu kecil  campuran gula dan air (pengganti mirin) 
    • 100 gr sotong atau udang yang dimasak sebentar  
    • Minyak sayur secukupnya, untuk menggoreng

    Bahan saus:

    • 3 sudu besar kicap
    •  1 sudu besar brown sauce 
    • 1 sudu besar kicap inggris 
    • 1/2 sudu besar kicap masin 
    • 1/2 sudu kecil campuran gula dan air 
    •  1/ 2 sudu kecil madu


    Cara menghidangkan

    1. Campurkan tepung, baking powder, telur dan kaldu ikan. Aduk hingga rata. Tambahkan kentang dengan sedikit garam dan lada putih, tutup dan biarkan selama dua jam di dalam peti sejuk.

     2. Saat adunan sedang dibiarkan, campurkan bahan untuk saus, aduk hingga rata. 

    3. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan tambahkan kubis, daun bawang, jahe, kacang soya, campuran gula dan air. Aduk untuk melapisi campuran dalam adunan. 

    4. Panaskan minyak sedikit dalam kuali dengan api sedang. Tuang adunan ke dalam kuali, jaga agar bentuknya tetap bulat. Goreng selama 3-5 menit. Gunakan pisau palet untuk memudahkan membalik okonomiyaki dan masak selama tiga hingga lima menit lagi. Lihat apakah okonomiyaki sudah matang dengan garpu menusukkan  ke tengah. Jika garpu keluar dalam keadaan kering, okonomiyaki sudah matang. 

    5. Balikkan sajikan okonomiyaki dengan saus dan hiasan sesuai selera.

    6. Hidang sudah sedia untuk dimakan 

    Yakitori

    yakitori

    Yakitori merupakan hidangan ayam atau daging yang digrilkan. Secara umumnya, yakitori juga boleh merujuk kepada makanan yang dicucuk.

    Yakitori biasanya dibuat daripada isi ayam atau daging dengan kepingan ‘bite-sized’ dan sayur yang dicucuk pada lidi lalu dibakar di atas arang.

    Cara Membuat 



    Bahan-bahan :

    • 500 g dada ayam
    • 5 batang daun bawang, potong 2 cm
    • Lidi satey
    • Bumbu Perendam:
    • 100 ml shoyu/kicap Jepang
    • 1 sudu besar minyak sayur
    • 4 ulas bawang putih, parut
    • 1 sudu air jeruk lemon
    • 1/2 sudu kecil lada putih
    • 1 sudu kecil gula pasir
    • 1/2 sudu kecil garam

    Cara menghidangkan

    1. Potong-potong daging dada ayam 3x2x1 cm.
    2. Bumbu Perendam: Adunkan semua bahan menjadi satu hingga gula larut.
    3. Campur potongan ayam dengan Bumbu perendam dan biarkan selama 15 menit.
    4. Cucuk tiap 3-4 potong daging ayam dengan lidi satey dengan potongan daun bawang.
    5. Panggang di atas panggangan besi sambil balik-balikan hingga matang dan agak kering.
    6. Angkat dan sajikan dengan taburan bijan.






    Sumber Rujukan:-

    1. Menu:
    https://thevocket.com/makanan-jepun-popular-orang-malaysia/

    2. Resepi:
    https://id.wikihow.com/Membuat-Sashimi
    https://leehans.blogspot.com/2013/05/cara-membuat-sashimi.html
    https://jommasakalajepun.blogspot.com/p/sukiyaki.html
    https://food.detik.com/ayam/d-6144379/resep-donburi-ayam-krispi-buat-makan-siang-praktis
    https://www.kompas.com/food/read/2021/07/24/160800575/resep-okonomiyaki-lengkap-dengan-cara-membuat-sausnya
    https://food.detik.com/ayam/d-5796454/resep-yakitori-sate-ayam-jepang-yang-juicy-gurih-dan-gampang-dibuat

    3.Video:
    https://youtu.be/uiOq9EdFcys
    https://youtu.be/JMTJXarcCLc
    https://youtu.be/yXGtttjsHNw
    https://youtu.be/Y33iFBt1_PA
    https://youtu.be/dfSM9cT3lcU








    Comments

    Popular posts from this blog